Archive for July, 2008|Monthly archive page

EXPO MAKANAN HALAL DAN KARNIVAL EKONOMI ISLAM DI TANJONG KARANG, SELANGOR

EXPO MAKANAN HALAL DAN KARNIVAL EKONOMI ISLAM anjuran Global
Ikhwan negeri Selangor bertemakan “Menjana Diri Merdeka” sempena bulan
Kemerdekaan 2008 akan diadakan di Padang Astaka berhampiran Dewan Dato’
Hormat, Tanjong Karang, Selangor dari 1 hingga 3 haribulan Ogos 2008. Selama 3 hari itu, program akan bermula dari jam 9 pagi hingga 10 malam.

Expo tersebut akan mempamerkan pelbagai jenis barang makanan buatan
umat Islam yang halal dan produk-produk menjana ekonomi umat Islam
selain makanan halal. Antara barang-barang yang akan dipamer dan dijual
adalah produk terbaru dari Global Ikhwan iaitu Roti Ikhwan, Mee Basah,
Air Alkali, Sos, Kicap dan produk-produk penerbitan seperti Komik Abu
Nawas dan pelbagai produk kebudayaan dan nasyid dari kumpulan nasyid
Global Ikhwan.

Pelbagai acara akan diserikan dengan persembahan nasyid kontemporari
dari kumpulan nasyid Global Ikhwan dan penasyid terkenal MEL.

Kemasukan adalah percuma sepanjang expo termasuk persembahan kebudayaan Islam dan Nasyid.

Untuk aturcara Expo sila lawati IkhwanToday